Wednesday, February 23, 2011

SEMERAH II menewaskan SEMEKAR

Kudat (23Feb) : Skuad bola sepak SEMERAH II yang dibarisi wajah2 baru mengungguli perlawanan persahabatan menentang SMK Abdul Rahim di Kompleks sukan Kudat dengan kemenangan selesa 4 berbalas 1.  Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 2-1. Gol awal diperolehi melalui pergerakan midfield yang dibarisi Freddy Fabregas dan Mikel Abu setelah mengucar-kacirkan pertahanan pihak lawan. Gol kedua pula adalah hasil tendangan 'tekong' oleh Mikel Abu yang tidak mensia-siakan peluang di depan jaring setelah bola muntah daripada dakapan penjaga gol. SEMEKAR berjaya memperoleh jaringan saguhati apabila striker mereka dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh bek akhir iaitu Didier Rudy. Tendangan penalti diberikan oleh pengadil perlawanan dan berjaya disempurnakan oleh striker lawan. Separuh masa kedua pula dikuasai sepenuhnya oleh SEMERAH II dengan peluang di depan jaring yang banyak disia2kan oleh para penyerang. 2 gol  berjaya dijaringkan lewat babak separuh masa kedua.  Keseluruhannya peratus permainan SEMERAH II 65% dan SEMEKAR 35%.

No comments:

Post a Comment