Wednesday, February 23, 2011

SEMERAH II menewaskan SEMEKAR

Kudat (23Feb) : Skuad bola sepak SEMERAH II yang dibarisi wajah2 baru mengungguli perlawanan persahabatan menentang SMK Abdul Rahim di Kompleks sukan Kudat dengan kemenangan selesa 4 berbalas 1.  Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 2-1. Gol awal diperolehi melalui pergerakan midfield yang dibarisi Freddy Fabregas dan Mikel Abu setelah mengucar-kacirkan pertahanan pihak lawan. Gol kedua pula adalah hasil tendangan 'tekong' oleh Mikel Abu yang tidak mensia-siakan peluang di depan jaring setelah bola muntah daripada dakapan penjaga gol. SEMEKAR berjaya memperoleh jaringan saguhati apabila striker mereka dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh bek akhir iaitu Didier Rudy. Tendangan penalti diberikan oleh pengadil perlawanan dan berjaya disempurnakan oleh striker lawan. Separuh masa kedua pula dikuasai sepenuhnya oleh SEMERAH II dengan peluang di depan jaring yang banyak disia2kan oleh para penyerang. 2 gol  berjaya dijaringkan lewat babak separuh masa kedua.  Keseluruhannya peratus permainan SEMERAH II 65% dan SEMEKAR 35%.

Saturday, February 12, 2011

Kejohanan Trek dan Padang SEMERAH 2 2011

Nampaknya pada tahun ini acara sukan SEMERAH 2 didominasi sekali lagi oleh rumah biru seperti tahun2 sebelumnya... Namun begitu apa yg menarik tentang sukan pada tahun ini ialah ia diadakan di kompleks sukan Kudat buat kali pertama dalam sejarah semerah ii. Kompleks sukan SEMERAH tidak dapat digunakan kerana musim hujan yg melanda dunia sejak kebelakangan ini... Para pelajar sangat bersemangat untuk datang ke kompleks sukan kudat untuk menyokong atlit daripada rumah masing2 seawal jam6 a.m. Prestasi rumah sukan hijau dan kuning meningkat dengan begitu ketara pada tahun ini apabila mngungguli tempat kedua dan ketiga sekaligus memecahkan tradisi monopoli oleh rumah biru dan merah... Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua atlit, penyokng dan terutamanya guru2 yg sangat gigih menganjurkan sukan tahunan pd tahun ini..