Sunday, January 24, 2010

Guru BM & BI perlu diposting ke sini....

Perlu ada garis panduan sistematik tukar guru BM, BI

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) meminta kerajaan menyediakan garis panduan yang sistematik bagi menempatkan semula guru-guru yang mengajar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris ke sekolah lain.
Presidennya, Hashim Adnan berkata, program penempatan semula yang hanya melibatkan dua mata pelajaran itu telah disalah gunakan segelintir pentadbir sekolah dengan sewenang-wenangnya.
"Timbul masalah apabila penempatan semula ini dilaksanakan awal tahun ini. Kita menerima beberapa aduan daripada guru-guru mengenai perkara ini.
"Tiada garis panduan tetap mengenai penempatan semula guru dalam hal ini. Jadi sebelum ia berlarutan, sesuatu perlu dilakukan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Adnan berkata, NUTP bersetuju apabila Kementerian Pelajaran sebelum ini menjelaskan bahawa penempatan semula guru yang mengajar dua mata pelajaran itu adalah demi memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
"Namun, dalam proses pergerakan guru dari satu sekolah ke sekolah lain itu, masalah lain pula timbul. Kita dapati ada guru yang tidak mengajar dua mata pelajaran itu turut ditukarkan atas alasan guru itu tidak disukai pihak sekolah atau bermasalah," katanya.
Katanya, sejak program penempatan itu dimulakan awal Januari ini, terdapat 10 aduan yang sebahagian besarnya melibatkan penyalahgunaan kuasa pentadbir sekolah terhadap guru-guru yang dipaksa bertukar ke sekolah lain.
"Aduan lain termasuk arahan pertukaran dalam tempoh yang terlalu singkat sehingga menimbulkan masalah kepada guru terlibat. Ini memberi tekanan kepada mereka terutama yang mempunyai keluarga.
"Masalah kos sara hidup juga menjadi isu apabila penempatan semula ini tidak dilaksanakan dengan koordinasi yang tepat oleh pihak yang berwajib," katanya.
Justeru, NUTP turut menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan menyediakan pampasan bulanan kepada guru-guru terlibat bagi membantu meringankan beban terutama kepada yang telah berkeluarga.
Katanya, penempatan semula guru-guru terbabit juga perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan berhati-hati dengan mengambil kira semua faktor kemanusiaan.
Adnan berkata, proses pertukaran guru-guru itu juga perlu dibuat berdasarkan kepada keperluan mata pelajaran di sesuatu sekolah dan bukannya kerana sekolah terbabit memerlukan guru semata-mata.

kes-kes saman ni....

Suami isteri saman pegawai pendidikan Kedah RM1.5 juta
24/01/2010 4:27pm


ALOR SETAR 24 Ja. - Sepasang guru menyaman dua bekas guru besar mereka dan seorang pegawai Jabatan Pendidikan Kedah berjumlah RM1.5 juta kerana mendakwa dianiayai menyebabkan mereka menghadapi masalah mental dan tekanan yang dahsyat.


Mohd Afandi Abdul Hamid, 39, dan isterinya, Roziaini Mohd Rozi, 38, menamakan Munajat Tamrin sebagai defendan pertama manakala Noriah Murad dan Abdul Aziz Hanifa, masing-masing defendan kedua dan ketiga.


Mohd Afandi selaku plaintif pertama munajat dan isterinya plaintif kedua mendakwa wujud konspirasi antara ketiga-tiga defendan untuk menyebabkan tekanan dan penderaan mental kerana ketidakpuasan hati mereka terhadap beliau dan isterinya.


Guru tersebut yang kini mengajar mata pelajaran Agama Islam di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Perdana selepas dipindahkan dari SK Iskandar, Alor Setar memf ailkan saman tersebut bersama peguamnya di Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini.


Mengikut writ saman, defendan pertama yang terlibat dengan pertukaran guru-guru sekolah di Kedah didakwa menghalang pertukaran plaintif kedua. - Bernama

Friday, January 22, 2010

PerJumPAAN RUMAH-rumah SuKaN kALi-1

Pada 13hb yang lalu, semua rumah sukan telah mengadakan perjumpaan yang pertama kali bagi melantik AJK2 baru dan merancang strategi untuk kemenangan pada kejohanan sukan semerah tahun ini. Guru-guru dan AKS telah dibahagikan sama rata dan sama kuat untuk setiap rumah sukan. Para pelajar ternyata tidak sabar untuk bertanding pada temasya sukan tahun ini lebih-lebih lagi dengan kemunculan ramai bakat baru iaitu guru2 yang baru berpindah ke semerah pada tahun ini. Ini terbukti dengan kehadiran pada perjumpaan pertama kali ini adalah 98%. Pihak pentadbiran juga tidak mahu terlepas dan terlibat sama sebagai ahli rumah sukan tahun ini..

Acara  yang berlangsung pada masa terdekat  ini ialah merentas desa.

 


 
 

Sunday, January 17, 2010

Cerita tentang asrama

Pindaan Bayaran Makanan Asrama Sekolah
Thursday, 14 January 2010

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran memaklumkan bahawa terdapat pindaan terhadap pelaksanaan bantuan makanan asrama sekolah tahun ini, berikutan kekangan peruntukan bajet mengurus bagi kementerian itu.

Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Tan Sri Dr Zulkurnain Awang dalam satu kenyataan media hari ini, berkata berdasarkan pindaan itu, kementerian memutuskan untuk menaikkan bayaran Bantuan Makanan Asrama daripada RM1 kepada RM3 sehari bagi pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan melebihi RM5,000 sebulan.

Bagi ibu bapa yang berpendapatan kurang daripada RM5,000, bayaran RM1 sehari dikekalkan manakala pelajar di kalangan keluarga miskin dikecualikan sepenuhnya seperti amalan sebelum ini.

Beliau berkata, kerajaan terpaksa menanggung kenaikan subsidi daripada RM14 kepada RM16 sehari bagi setiap pelajar di mana sebahagian daripada pelajar berkenaan adalah terdiri daripada kalangan keluarga yang berkemampuan.

Katanya, sekiranya kadar subsidi itu diteruskan sepenuhnya, kerajaan akan membelanjakan antara RM1.2 bilion hingga RM1.4 bilion bagi menanggung Bantuan Makanan Asrama pelajar-pelajar.

Thursday, January 14, 2010

Facebook sekolah

Sila lah add facebook di semerah02@gmail.com..

Tuesday, January 12, 2010

NAH, JADUAL GAJI GURU 2010

25/1/2010 - ISNIN
8/2/2010 - ISNIN

25/3/2010 - KHAMIS
22/4/2010 - KHAMIS
24/5/2010 - ISNIN
24/6/2010 - KHAMIS
22/7/2010 - KHAMIS
25/8/2010 - RABU
23/9/2010 - KHAMIS
25/10/2010 - ISNIN
10/11/2010 - RABU

20/12/2010 - ISNIN

Hehe.. hanya bulan Feb dan Nov saja yang awal gaji.. Marilah kita bersama2 mengurus bajet 2010 ini.. Jom..

Monday, January 11, 2010

Air oh air....


Nampaknya masalah air di daerah kudat ini masih lama lagi akan berakhir... Ramai yang menerima kesan akibat masalah kekurangan air ini...Semerah juga menghadapi masalah yang sama.. Ramai yang terjejas akibat masalah bekalan air ini. Sampai bilakah masalah ini akan berterusan...Namun begitu, semerah yang sememangnya mengamalkan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah telah bersedia untuk menghadapi masalah ini.. Air hujan dikumpul sebagai stok untuk kegunaan harian. Banyak tangki diletakkan pada lokasi yang strategik untuk menakung air hujan. Lihatlah, masalah air bukanlah penghalang kepada warga asrama untuk mengadakan aktiviti gotong-royong kerana terdapatnya simpanan air hujan ini...


Thursday, January 7, 2010

ORIENTASI PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1





Sesi orientasi pelajar2 tingkatan 1 berjalan dengan lancar di bawah kendalian Unit bimbingan dan kaunseling SEMERAH. Banyak aktiviti telah dijalankan antaranya adalah mengenali profile sekolah, suai kenal, taklimat2, permainan dan pengagihan kelas. Para pelajar tingkatan 1 pada tahun ini sangat bersemangat untuk menjalani persekolahan di SEMERAH. Tahniah kepada Unit Bimbingan Kaunseling kerana berjaya menjalankan orientasi bagi pelajar2 tingkatan 1 ini...Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.... Gambar2 yg terpapar adalah antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang orientasi dari 4 - 8 Jan yang lalu........

Wednesday, January 6, 2010

Birthday Cikgu Moga



Happy birthday to Cikgu Moga yang bertambah umurnya pada 5 Jan yang lalu. Parti kecil-kecilan diadakan di bilik guru selepas waktu sekolah untuk meraikannya. turut menyambut birthday pada hari yang sama adalah PK1 semerah iaitu Pn. Hajah Faridah. SeMOGA cikgu MOGA dan Pn Faridah sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki!!

Tuesday, January 5, 2010

Lawatan Beramai-ramai

Pada 5 Jan iaitu semalam, rombongan guru seramai 20 orang telah melawat salah seorang guru SEMERAH yang telah lama tidak sihat iaitu En. Jorin. Rombongan bertolak kira-kira jam 2pm dengan menaiki 6 buah kereta dan berkonvoi ke rumah beliau. Rombongan disambut mesra oleh keluarga beliau sesampainya di sana. Keadaan kesihatan beliau memaksanya untuk terus berehat di rumah selama 2 minggu atau lebih. Marilah kita sama-sama berdoa agar kesihatan beliau cepat pulih dan dapat kembali bertugas di semerah!!

SELAMAT TAHUN BARU 2010!!

Pada minggu ini, SEMERAH sibuk dengan pendaftaran, sama seperti sekolah-sekolah lain yang baru dibuka pada 4 Jan 2010. Orientasi pelajar tingkatan 1, pemantauan pegawai dari PPD, pendaftaran pelajar-pelajar baru, mengurus pelajar-pelajar yang ingin berpindah, jadual waktu baru dan banyak lagi tugas lain menanti guru-guru SEMERAH... Semoga guru-guru SEMERAH terus berusaha!!