Sunday, March 28, 2010

Jabatan Bomba Kudat melawat2....

Semerah 2 dikunjungi oleh beberapa org pegawai dari jabatan bomba untuk taklimat pencegahan kebakaran semepna dengan kempen sekolah selamat dan penyayang pada 27 / 3/2010 yg lalu.. para pelajar begitu tertarik mendengar taklimat yg disampaikan oleh encik bomba dan pada penghujung sesi, ramai yg bertanyakan soalan mengenai api, kerjaya bomba serta kebakaran... terdapat sedikit gangguan bekalan elektrik apabila ia tiba2 terputus selama lebih kurang 30 minit... Demonstrasi penggunaan alat pemadam api yg dibuat di padang sekolah sungguh mengujakan para pelajar dan mereka berebut2 untuk memadamkan api menggunakan alat tersebut... sorakan dan tepukan daripada para pelajar merupakan kemuncak kepada aktiviti pada hari tersebut...

Kontinjen SEMERAH II di MSSD Kudat

Nampaknya latihan yg diberikan oleh coach rudy dan coach sibrin masih belum mencukupi untuk atlit2 semerah 2 naik ke podium menerima pingat2 yang berkilau2... Pencapaian kontinjen semerah pada tahun ini meningkat sedikit berbanding thn lepas iaitu 1 perak dan 1 gangsa. Perak dimenangi menerusi acara lontar peluru kategori perempuan bwh15 thn, manakala  gangsa dimenangi menerusi acara berpasukan 4x400. walau pun begitu, semua atlit yang bertanding menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan disiplin yang baik sepanjang kejohanan ini. Harap2 tahun dpan akan ada kilauan emas dimenangi oleh semerah 2.......

Wednesday, March 10, 2010

SEMERAH II FC membenam Gabungan SMATIM 4-1


Kompleks stadium KUDAT bergegar dengan sorakan penyokong ketika mereka meraikan kemenangan SEMERAH II FC ke atas pasukan Gabungan SMATIM kelmarin, 10 Mac 2010, jam 5 p.m. Pasukan Semerah II FC diperkuatkan dengan beberapa muka baru yang terdiri daripada guru2 dan staf Semerah II. Jaringan pertama dibuat pada minit ke-15 hasil one two yg dibuat oleh jentera serangan Semerah FC. Seterusnya jaringan ke-2 dilakukan hasil kesilapan pertahanan pasukan lawan di dalam kotak penalti. Pada separuh masa ke-2, pasukan Semerah II menambah lagi derita Gabungan SMATIM dengan menjaringkan 2 biji gol. Pasukan lawan menjaringkan gol saguhati pada minit2 terakhir permainan. Berikut merupakan senarai pemain Semerah II F.C

TEAM    : SEMERAH 2 F.C.
KETUA PENGURUS    : SIR ALEX MADSARANI
PENOLONG PENGURUS    : DJOHAN BOY WENGER
COACH 1        : JOLLY
COACH 2        : JORIN
FISIOTERAPI        : MOGA CAPELLO
KAPTEN            : MATRUDIN ZIDANE
SENARAI PEMAIN:
PETER SIBRIN         – Penjaga Gol
ISMAIL KUSZCZAK     – Penjaga Gol Simpanan
JASNI TERRY         – Last Back
KOKONG WOODGATE     – Last Back Simpanan
SAIFUL CAMPBELL    - Right Back
ROSLEY GALLAS     - Right Back Simpanan
HAMIN FERDINAND    - Left Back
USOP BENAYOUN    - Left Back Simpanan
JOLLY COLE        - Front Back
FABIO JORIN        - Front Back Simpanan
THEO FIKRI        - Wings Kanan
FERNANDO HARIS AF    - Wings Kanan Simpanan
THIERY HARIS        - Wings Kiri
NIK RONALDO        - Wings Kiri Simpanan
DIDIER RUDY        - Defensive Midfield
AFFENDI LAMPARD    - Defensive Midfield Simpanan
MIKEL ABU        - Attacking Midfield
MATRUDIN ZIDANE    - Striker
BASRI KEANE        - Striker 2
FAIRUL OWEN        - Striker Simpanan

Tuesday, March 9, 2010

Kejayaan Milik Bersama....

Pemberian insentif galak guru bekerja keras - NUTP

KUALA LUMPUR 8 Mac - Pemberian insentif kepada semua pengetua, guru besar dan guru yang berupaya meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa dianggap sebagai langkah yang tepat pada masanya.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, pengumuman tersebut adalah inisiatif yang akan membakar semangat kepada guru untuk terus bekerja keras.
"Ini adalah sesuatu yang menarik, saya cukup bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri yang mahukan kecemerlangan dalam bidang pendidikan terus dilakukan oleh guru-guru.
"Sebelum ini hanya pengetua atau guru besar yang dapat insentif daripada kejayaan yang dihasilkan oleh sekolah, jadi ini tidak sepatutnya kerana kejayaan datangnya daripada kesungguhan guru yang ditugaskan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan untuk memberi insentif termasuk kenaikan pangkat kepada guru yang terlibat meningkatkan pencapaian sekolah.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian tersebut perlu diberikan secara menyeluruh kerana kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada seorang pengetua atau guru besar tetapi membabitkan kerjasama semua guru.
Menurut Muhyiddin, maklumat berhubung pelaksanaan insentif baru itu akan diperincikan menerusi Pelan Menambah Baik Sekolah-Sekolah yang akan diumumkan pada 16 Mei ini.
Sementara itu tokoh pendidik, Tan Sri Abdul Rahman Arshad pula berkata, pemberian insentif ini kena pada tempatnya kepada guru-guru yang bekerja keras.
"Ini adalah pengiktirafan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang tidak henti-henti mahukan kejayaan daripada anak didiknya, pengiktirafan ini perlu diberikan kepada golongan guru-guru tersebut.
"Dengan adanya insentif tersebut, kejayaan yang direncanakan oleh guru-guru terbabit akan dianggap satu kejayaan yang begitu besar dan paling bermakna," ujarnya.
Bagi Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional, Profesor Madya Dr. Mohd. Ali Hassan pula, pihaknya begitu menyokong dengan pengiktirafan yang telah dicadangkan itu.
"Sebenarnya guru-guru lain juga memberi kesungguhan mereka terhadap sesuatu kejayaan yang telah dikecapi, tidak adil bagi saya jika hanya pengetua atau guru besar yang dapat pengiktirafan.
"Tanpa kerjasama guru-guru, kejayaan mungkin tidak akan dikecapi oleh pihak sekolah," katanya.

Guru Baru ?

Guru patut bergilir ke luar bandar

KUALA LUMPUR 8 Mac - Para guru perlu menganggap penempatan di kawasan luar bandar sebagai khidmat negara, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng hari ini.
Dengan perubahan paradigma ini, tempoh perkhidmatan mereka di kawasan luar bandar akan lebih bermanfaat dan berhasil kerana mereka akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh minat, katanya.
Melalui sistem itu, NUTP berharap kerajaan akan membenarkan guru terbabit dipindahkan selepas mereka mengajar dua hingga tiga tahun di sekolah luar bandar.
"Apa yang berlaku sekarang ialah sebaik sahaja guru berkenaan ditempatkan untuk mengajar di kawasan luar bandar, mereka dilupakan dan dibiarkan di situ selama bertahun-tahun lamanya," katanya.
"Ini yang kami mahu elakkan dan akan menggesa Kementerian Pelajaran merumuskan sistem giliran yang adil dan saksama di mana semua guru baru diberi peluang mengajar di sekolah di luar bandar," katanya.
Katanya, NUTP yang mewakili 160,000 guru "menyokong penuh langkah kerajaan untuk mewajibkan guru baru ditempatkan di sekolah luar bandar."
Bagaimanapun, kesatuan itu berharap kementerian akan membincangkan butiran terperinci mengenai cadangan itu dengan pelbagai wakil dan persatuan guru.
Minggu lepas, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran berkata kerajaan sedang menimbangkan untuk mewajibkan guru mengajar sekurang-kurangnya tiga hingga lima tahun di sekolah luar bandar dan pedalaman.
Kerajaan menawarkan ganjaran dan insentif lain untuk menarik guru supaya mengajar di kawasan luar bandar.
Pada ketika ini, guru yang mengajar di luar bandar dibayar elaun bertugas di pedalaman antara RM500 hingga RM1,500. - Bernama

Sunday, March 7, 2010

Kecik Juara Raja Lawak Musim ke-4 2010

Ya, memang tidak dinafikan lagi, kumpulan kecik dari Sabah telah mengungguli Program Realiti Raja Lawak Musim ke-4 dengan menewaskan 2 orang yang lain iaitu Idlan pon-pon dan Alex, juga seorang peserta dari Negeri di bawah bayu. Walau bagaimanapun, jika dilihat pada persembahan semalam, Alex lebih menonjol berbanding finalis yang lain kerana lawak yang dipersembahkan beliau adalah bersih dan bijak. Dia bolehlah  dikategorikan sebagai pelawak standing comedy yang pertama di Malaysia. Kebanyakan peserta2 lebih banyak mengeluarkan idea yang boleh dipanggil 'lawak bodoh' atau 'loyar buruk' yang sentiasa kita dapat alami dalam kehidupan biasa. jarang sekali kita dapat mendengar lawak seperti yang dipersembahkan oleh Alex. Contohnya, pemandu teksi yg menawarkan pakej2 murah kpda penumpang dengan menyuruh penumpang memandu atau membawa minyak kereta sendiri. Walau bagaimnapun, keputusan undian sms penonton yg menentukan segala2nya... Tahniah kpda semua pemenang.. tempat ke-2 ialah Idlan, tempat ke-3 ialah Alex...

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas

Majlis ini telah selamat dijalankan pada hari jumaat yang lalu , 5 Mac 2010, di dewan Sri Pengaraban. Barisan kepimpinan pengawas Semerah II pada tahun ini diterajui oleh adik Jumaat Ahong sebagai ketua pengawas. Diharapkan para pengawas dapat menjalankan tugas dengan lebih baik pada tahun ini dengan laungan, satu pasukan, satu impian!

Tuesday, March 2, 2010

Bestnya...PROTON EMAS

Proton lancar 3 kereta konsep

GENEVA 2 Mac - Proton Holdings Bhd. melakar satu lagi sejarah penting sepanjang 25 tahun penubuhannya apabila melancarkan tiga kereta konsep serentak - Emas, Emas Country dan Emas-3 sebagai langkah strategik yang bakal memacu keupayaannya untuk bersaing di peringkat global.
Ketiga-tiga kereta konsep berkenaan dibangunkan di atas platform casis yang sama tetapi mempunyai konfigurasi berbeza dari aspek penjanaan kuasa dengan tumpuan khusus terhadap aplikasi teknologi hibrid.
Siri kereta konsep itu adalah hasil kerjasama antara Proton bersama anak syarikatnya, Lotus serta mendapat sentuhan reka bentuk oleh Italidesign Giugiaro (Giugiaro), firma automotif terkemuka yang berpangkalan di Turin, Itali.
Majlis pelancaran ketiga-tiga kereta konsep itu disempurnakan bekas Perdana Menteri yang juga pengasas dan Penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada hari pertama Pameran Motor Antarabangsa Geneva Ke-80 di Pusat Konvensyen Geneva Palexpo di sini hari ini.
Turut sama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pengerusi Proton, Datuk Mohd. Nazmi Mohd. Salleh; Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamad Tahir dan Pengerusi Giugiaro, Giorgetto Giugiaro.
Emas merupakan kereta hibrid yang menampilkan casis rekaan khusus bagi pemasangan enjin endothermic di hadapan, khusus bagi mengecas bateri ion litium untuk menghasilkan janaan kuasa elektrik dan bateri di bahagian belakang.
Emas Country dan Emas-3 pula dijangka dibangunkan berasaskan teknologi hibrid plug-in selain pemasangan enjin konvensional yang boleh digerakkan menggunakan petrol, etanol, metanol dan gas asli.
Dengan berukuran hanya tiga meter panjang, ketiga-tiga kereta konsep tersebut bagaimanapun direka khusus untuk memaksimumkan ruang dan pada masa sama mengekalkan konsep kereta kompak berciri kontemporari.
Tun Mahathir berkata, pengenalan kereta konsep berkenaan membuktikan kesungguhan Proton untuk bersaing di peringkat global dan tidak lagi hanya bergantung kepada pengeluaran model kenderaan bagi pasaran tempatan.
Beliau berkata, Proton, Lotus dan Italdesign sedang dalam proses memuktamadkan reka bentuk sebelum dijangka dikeluarkan untuk pasaran dalam tempoh dua tahun lagi.
‘‘Tapi saya harap ia (keputusan muktamad) itu dapat dilakukan segera, mungkin dalam setahun atau kurang kerana kita mahu pastikan kereta ini dapat berada di pasaran secepat yang mungkin,” katanya selepas majlis pelancaran itu.
Menurutnya, siri kereta konsep tersebut adalah manifestasi kesungguhan Proton untuk mengorak langkah lebih besar dengan memanfaatkan sepenuhnya pengalaman selama 25 tahun dalam industri automotif.
‘‘Kerjasama dengan pemain utama seperti Giugiaro menceritakan komitmen Proton untuk mengukuhkan jenama dan bergerak lebih agresif dalam memenuhi tuntutan pasaran global,” tambahnya. – UTUSAN