Sunday, February 28, 2010

RuMah BirU menang lagii...

Kejohanan sukan Semerah baru2 ini telah berlangsung dengan jayanya dengan perasmian penutupan disempurnakan oleh PPD Kudat sendiri iaitu En. Nordin. Para atlit begitu bersemangat untuk bertanding pada temasya sukan kali ini. Rumah Biru iaitu Tunku Abd. Rahman sekali lagi mengungguli carta pada tahun ini dengan mengutip jumlah mata tertinggi iaitu sebanyak 183 mata. Nampaknya sekali lagi rumah-rumah yang lain terpaksa menggigit jari untuk mendapat tempat teratas pada tahun ini. Sukan pada tahun ini sangat menarik dan unik berbanding tahun-tahun lalu kerana setiap pondok rumah sukan diperbuat daripada hasil alam sekitar. Guru, ibu bapa  dan pelajar bekerjasama untuk mendirikan pondok yang bertiangkan batang kayu serta beratapkan daun  nipah. Pondok-pondok ini kelihatan sangat comel dan menarik. Selain itu, lebih ramai bakat baru daripada tingkatan 1 berjaya dicungkil sama ada bidang olahraga ataupun kawad kaki. Nampaknya masalah bajet tidak menjejaskan penganjuran sukan edisi ke-4 di Semerah pada tahun ini. Kini skuad Semerah dalam misi untuk mengejar kilauan pingat di temasya Sukan Daerah Kudat yang akan berlangsung tidak lama lagi.